Nursabrina .

" Si gadis berkaca mata " .

Assalamualaikum dan salam sejahtera , dalam entri kali ini saya akan menerangkan tentang Syair yang telah saya pelajari dalam subjek Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu . Syair merupakan bahan sastera puisi tradisional Melayu yang dilagukan mengikut irama dan melodinya yang tersendiri. Syair diambil daripada pengaruh Arab dan Parsi . Syair berasal daripada istilah Arab "Shiir" yang bererti puisi dan diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dengan bertujuan mengajarkan agama Islam pada sekitar abad ke -16 . Terdapat pelbagai fungsi dan peranan Syair . Anataranya ialah sebagai sumber ilmu pengetahuan , sumber hiburan , sumber mengisi masa lapang , sumber dakwah penyebaran agama Islam , sumber nasihat , sumber sejarah dan budaya dan sumber media dan komunikasi dalam masyarakat . Syair mempunyai irama yang tersendiri iaitu irama narasi , selendang delima , irama Siti Zubaidah , irama dandan setia , irama rakis , irama perantau dan irama batu belah ,  ~ Salam perkongsian daripada gadis berkaca mata ~💓


Syair

https://www.powtoon.com/online-presentation/fouaqg6wTYi/syair/

Comments

Popular posts from this blog

Pantun